Bangunan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) kini secara rasmi dibuka kepada pemain teknologi dan ekonomi tempatan bagi merancakkan pembangunan ekonomi akar umbi dan keusahawanan di negeri itu.<br /><br />Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 setiap tahun kepada SCENIC bagi memastikan badan itu mampu mencapai sasaran mewujudkan 50 syarikat pemula teknologi bertaraf antarabangsa di Sabah pada tahun ini.
